Taklimat KDB dan Majlis Apresiasi Tabika Kemas Pasir Pandak

20 November 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 60 orang penduduk hadir berumur dari 4 tahun hingga 71 tahun. Taklimat ini bermula pada pukul 0800 pagi dan tamat pada pukul 1200 tengah hari bertempat di Dewan Serbaguna Pasir Pandak.

Sebelum bermula nya majlis apresiasi tabika kemas, sedikit taklimat serta pendedahan advokasi seperti Klik dengan bijak (KDB) dan ICT (penggunaan komputer). Tujuan program ini untuk mempromosikan dan memperkenalkan fungsi Pusat internet kepada ibu bapa.

Kebaikkan daripada taklimat seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang sebagai salah ilmu pengetahuan kepada semua penduduk Pasir Pandak. Antara taklimat advokasi klik dengan bijak seperti budaya buli siber, penjenayah siber dan penipuan dalam Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali